Ir. Mohd Nasir Bin Hj Bontat
Jurutera Daerah
JKR Pontian
Negeri Johor Darul Ta'zim
Email JD : pontian@jkr.gov.my
KATA ALU - ALUAN JD
|
Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada Unit ICT JKR Pontian ,
kerana memberi ruang kepada saya menyampaikan kata - kata aluan dalam
Laman Web Jabatan. Sebagaimana sedia maklum Laman Web
merupakan media bagi menyampaikan maklumat kepada dunia luar.
Disamping mendedahkan fungsi dan peranan Jabatan kepada orang Awam,
ianya juga bertujuan mendapatkan maklumat dan maklum balas
Jabatan dan Agensi lain dengan lebih mudah dan cepat selaras dengan matlamat
kerajaan membawa negara menuju ke Era Dunia Multimedia Super Coridor (MSC).
Justeru itu usaha - usaha JawatanKuasa ini dalam
mengumpul maklumat - maklumat, data - data dan gambar-gambar jabatan dalam
Laman Web ini dapat mendedahkan kepada
umum fungsi dan objektif JKR Pontian supaya masyarakat dapatmengetahui
peranan Jabatan dalam menyumbang kearah pembangunan negara.
Sebagai agensi kerajaan yang peka dengan arus perkembangan teknologi maklumat
melalui Internet, jabatan ini tidak mahu ketinggalan sama menyaingi
agensi - agensi kerajaan lain dalam mencapai matlamat pemimpin
melahirkan KERAJAAN ELEKTRONIK selaras dengan Wawasan 2020.
Sehubungan dengan itu saya amat berbesar hati jika anda dapat memberikan
maklum balas dan komen membina
kepada kami demi untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami.
Selamat melayari laman web ini.. Sekian terima kasih.
Ir.Mohd Nasir Bin Hj Bontat
Jurutera Daerah JKR Pontian
|